Thursday, September 6, 2012

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Calon-calon UPSR, UPSRI 2012

AlhamdulilLah,semalam Khamis 6 Sept 2012 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin untuk calon-calon SRIDB yang akan menduduki peperiksaan iaitu UPSR, UPSRI dan UPKK. Majlis yang bermula dengan solat maghrib berjamaah dihadiri oleh para ibu bapa, guru-guru, para calon serta beberapa orang ahli Darul Syifa' dari Kerteh dan beberapa orang pelajar pondok Madrasah Darul Bayan yang dijemput khas.

Solat hajat serta bacaan Yasin telah dipimpin oleh salah seorang ahli Darul Syifa' iaitu Ust. Shafie dan diikuti dengan zikir khas Darul Syifa'. Seusai majlis, guru besar, Cg.Pa memberikan sedikit ucapan dan mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang datang menjayakan majlis.

Antara yang hadir

Kaum ibu juga tidak ketinggalan

Sebahagian bapa & calon

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...