Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, November 19, 2012

TAHNIAH CALON-CALON UPSR SRIDB 2012

Calon 5A bergambar kenangan bersama sebahagian guru UPSR
Isnin,19 Nov 2012-AlhamdulilLah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah menganugerahkan 5A kepada 3 orang calon UPSR SRIDB 2012 pada kali ini. Meraka ialah Muhammad Ibrahim Adham bin Abdul Aziz, Nur Awadah binti Nozzul dan Sharifah Nur Afiqah binti Syed Mohd Razali. 

Dari kiri M. Ibrahim Adham, Sh. Nur Afiqah & Nur Awadah
Selain berjaya mendapat 5A, terdapat 5 orang calon yang berjaya mendapat 4A dalam UPSR baru-baru ini. Mereka ialah Muhammad Luqman Nurhakim bin Mohd Nasarul, Siti Hajar binti Aduka, Wan Nur Husna binti Nizar, Siti Khadijah Nurjannah binti Awin Zubir dan Nur Fatihah binti Rosdi.
Berdiri dari kiri Siti Hajar, Husna, Khadijah & Fatihah.
Duduk di hadapan M. Luqman
Penyerahan slip keputusan peperiksaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SRIDB, Cikgu Che Wan Mustaffa di Dewan SRIDB pada jam 10.45 pagi. Calon-calon yang mendapat 5A juga mendapat sedikit imbuhan berbentuk wang ringgit daripada pihak sekolah bagi menunaikan janji yang diberikan oleh Guru Besar kepada calon yang berjaya mendapat 5A.

Kami pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian mereka dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan misi menimba ilmu di peringkat menengah di sekolah-sekolah terbaik pilihan mereka, InsyaAllah.
...TAHNIAH & SYABAS BUAT KALIAN...

Monday, May 14, 2012

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TAHAP 1, 2 DAN MATRIK 2012

PEPERIKSAAN BERMULA PADA :

14 - 17 MAC 2012 (SYARIAH)
20 - 22 MAC 2012 (AKADEMIK)

JADUAL MATRIK

JADUAL TAHAP 1

JADUAL TAHAP 2

Monday, June 20, 2011

Program CSR- CEFS RESPONSE

Isnin-20 Jun 2011,program Corporate Social Responsibility(CSR)dengan CEFS RESPONSE telah mengadakan ceramah dan pameran mengenai tips-tips keselamatan ketika kebakaran.Program yang berlangsung seawal jam 9 pagi itu telah dsertai oleh para pelajar tahap 2 dan beberapa orang guru.Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Ust.Fairuz,disusuli ucapan guru besar Cikgu Che Wan Mustaffa dan seterusnya ucapan daripada Tn Hj Nawawi bin Yusof selaku Pengarah CEFS RESPONSE.

Pelbagai program telah disediakan oleh unit CEFS RESPONS seperti ceramah,demo mengenai penggunaan alat pemadam api dan kuiz.Beberapa orang guru juga turut melibatkan diri dalam demonstrasi memadamkan api sebagai langkah-langkah persediaan menghadapi kebakaran.Program yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam berakhir jam 11:30 pagi.



Tn. Hj Nawawi-Pengarah CEFS RESPONSE







Ust Ibrahim turut melibatkan diri dalam demo memadamkan api

Monday, April 25, 2011

MAJLIS TAUTAN MAHABBAH & QIAMULLAIL


15 APRIL 2011(Jumaat)telah berlangsungnya satu majlis anjuran MPIBG SRI Darul Bayan,Qiamullail perdana bersama ibu bapa SRIDB.Majlis itu telah disertai lebih 80 orang termasuk guru SRI Darul Bayan.MPIBG SRI Darul Bayan menganjurkan program ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan ibu bapa dan guru.

Program Majlis Tautan Mahabbah & Qiamullail ini bermula seawal jam 6.30 petang pada Khamis(14 April 2011) dengan kehadiran ibubapa dan guru.Program dimulakan dengan solat magrib berjemaah,diikuti dengan majlis bacaan yasin oleh ust M. Ridza bin Adnan,Tazkirah oleh ust Satiful Bahri bin Mamat,Solat Isyak berjemaah dan ucapan oleh Mudir SRI Darul Bayan.

Pada jam 4 pagi(Jumaat-15 April 2011) ibu bapa dan guru hadir untuk Qiamullail.Pengisian pada hari tersebut ialah solat sunat dan zikir munajat oleh Ust Zakaria.Diikuti dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh oleh Ust. Zakaria.
Program tamat pada jam 7 pagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...