SELAMAT DATANG

AHLAN WAHSALAN

Tuesday, May 22, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SRIDB 2012


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru & Terima kasih cikgu..

Majlis ini diadakan sempena memperingati jasa guru dan sebagai tanda terima kasih...Pelbagai acara yang diadakan sempena majlis ini iaitu pertandingan mewarna, membuat kad ucapan, pertandingan gubahan bagi guru lelaki, span bocor, telefon buruk dan banyak lagi acara yang diadakan.


Monday, May 14, 2012

SUKAN TAHUNAN SRIDB 2012

SUKAN TAHUNAN SRIDB 2012
Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi kerana SRIDB telah pun selesai mengadakan hari sukan atau Sukan Tahunan 2012 pada 1-5 April 2012 yang lalu. Para pelajar begitu komited dalam menunaikan kewajipan masing-masing dengan mewakili rumah sukan masing-masing. Tidak kira apa jua acara yang diwakili mereka.
Sokongan guru dan Ibubapa juga amat mengalakkan walaupun sukan tahunan ini buat pertama kalinya diadakan pada waktu petang, namun guru dan ibubapa dapat memberi kerjasama.
Pelbagai acara dipertandingkan seperti bowling padang, rakit darat, kaki gajah, lari dalam guni dan sebagainya..Dengan adanya pertandingan ini ia dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta kita juga dapat melihat pelbagai gelagat dan aksi pelajar semua..Semua ini akan dijadikan kenangan kepada kita semua serta SRIDB..
Memori Hari Sukan SRIDB 2012...
Pertandingan badminton single lelaki

Pertandingan bola jaring

Pertandingan bola sepak



Lari dalam guni

Rakit darat

Pejam Celik

Kaki gajah

Pijak Belon

Bowling Padang
Selepas selesai kesemua acara, kini tibalah masa yang dinantikan oleh semua pelajar, iaitu acara penyampaian hadiah.  



 Majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh guru besar SRIDB..








Majlis ini diadakan secara santai dan terima kasih kepada guru serta ibubapa di atas sokongan bagi menjayakan hari sukan ini.







Turut mendapat sokongan daripada ibubapa..



 Wajah ceria guru - guru ketika majlis penyampaian hadiah...

setia menanti hadiah masing - masing...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN 
HARI SUKAN SRIDB 2012...

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TAHAP 1, 2 DAN MATRIK 2012

PEPERIKSAAN BERMULA PADA :

14 - 17 MAC 2012 (SYARIAH)
20 - 22 MAC 2012 (AKADEMIK)

JADUAL MATRIK

JADUAL TAHAP 1

JADUAL TAHAP 2

SUKAN DAR 2012

Salam..terlebih dahulu pihak admin memohon maaf diatas kelewatan update maklumat mengenai SRIDB...Disebabkan kesibukan kerja-kerja..



Pada bulan Mac 2012, SRIDB telah menyertai pertandingan bila sepak dan bola jaring antara Sekolah DAR negeri Terengganu. Sukan DAR ini telah diadakan di Padang Kolej Telekom, di Rusila, Marang, Terengganu. Acara ini berlangsung dari jam 9.00pg sehingga 6.00 ptg. 





Kontijen SRIDB...Bola Sepak dan Bola Jaring






Pada acara tersebut, kontijen bola sepak mendapat tempat ke-2 dan bagi kontijen bola jaring hanya bertanding di dalam kumpulan sahaja. Namun tidak mengapa, bagi kontijen bola jaring, kita cuba lagi tahun hadapan..InsyaAllah..
Antara kenangan kontijen bola sepak berhempas menyerang benteng lawan..


Berbincang apakah strategi yang perlu dilakukan bagi memecah benteng lawan..

tendangan ke gol lawan



Akhirnya..kemenangan menjadi hak Pasukan SRABZA dengan sepakan penalti..Namun Syabas dan Tahniah kepada semua yang memberi sokongan terutama kepada guru dan juga ibubapa..



Tahniah..Naib Juara Bola Sepak Bagi Sukan DAR Terengganu 2012
Saguhati bagi acara Bola Jaring

Tahniah!!..Pemain terbaik dan Kasut Emas Bola Sepak Sukan DAR Terengganu 2012,  Wan M.Kamil Hj Nizar

Ucapan terima kasih kepada guru dan ibubapa yang sudi datang memberi sokongan.
































Thursday, March 22, 2012

PEPERIKSAAN OTI 1, MATAPELAJARAN SYARIAH

Dimaklumankan bahawa peperiksaan OTI 1 bagi matapelajaran Syariah akan bermula pada 26 - 29 Mac 2012. Jadual peperiksaan akan diedarkan kepada pelajar pada hari Ahad.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, March 14, 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR/UPSRI (TEKNIK MENJAWAB SOALAN & MOTIVASI) 2012

Hari ini, 14 Mac 2012, Calon-calon UPSR & UPSRI SRIDB sedang menghadiri Kem Teknik Menjawab Soalan & Motivasi di Awang's Beach Resort. Bagi menjayakan program ini, seramai tiga orang guru pakar telah dijemput untuk memberi penerangan teknik menjawab soalan peperiksaan. Program ini akan diikuti pula dengan program motivasi pada keesokkan hari.

" SEMOGA MEREKA MENDAPAT MANAFAAT DARI PADA PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.....AMIN...."

Monday, March 5, 2012

JADUAL PEPERIKSAAN OTI 1, 2012

Adalah dimaklumkan peperiksaan OTI 1 yang akan bermula pada 6-8 Mac 2012 bagi matapelajaran Akademik..Bagi matapelajaran syariah akan dijalankan selepas cuti nanti..




Jadual Peperiksaan Tahap 1



Jadual Peperiksaan OTI 1 Tahap 2





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...