Sejarah SRIDB

1.SEPINTAS LALU
   
            Sekolah Rendah Islam Darul Bayan mula di buka pada Awal Januari 2001.Sekolah ini di ilhamkan oleh Ustaz Saiful bahri Bin Mamat(Yang ketika itu menjadi YB Paka).Ketika itu,Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh PAS telah menubuhkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB) di semua Daerah.SRAB Menggunakan Sukatan Akademik dari Kementerian dan Matapelajaran Syariah dari Sukatan Dewan Ulama’Terengganu(Sukatan sekolah-sekolah DAR).SRI Darul Bayan menggunakan sukatan Pelajaran yang sama dengan sekolah SRAB,cumanya kita bergerak sendiri sebagai sekolah Swasta di bawah jemaah dan Pengurusan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah darul Bayan

2.AHLI LEMBAGA PENGARAH(ALP)

            Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di diuruskan oleh ALP.Pengerusi ALP yang pertama ialah Hj Yaakob.Beliau ketika itu ialah Pengerusi Markaz Ehsan Paka.Ahli Jawatankuasa awal ALP ialah Zubir salim,Cikgu Zainuddin Pee,M Fakaruddin Abdullah,Mazlan Ali(Bendahari Induk),Mohd Rohisham dan Khalid Mahmud .

3.LOKASI DAN BANGUNAN
                Diawal pembukaan,sekolah ini beroperasi di bangunan lama markaz Ehsan(Tepi pantai Paka),



Disinilah SRI Darul Bayan memulakan khidmatnya pada 2001.

                Sekolah Rendah Islam Darul Bayan beroperasi di bangunan Markaz Ehsan ini bermula Jun 2001 hingga Disember 2003.(2 tahun 6 bulan)
                SRI Darul Bayan berpindah ke bangunan sendiri pada awal Januari 2004 di PT 15024,Kg Kolam Mak Tagar,Jalan Santong,Paka.

.

   Dalam pembinaan(2003)                                         Siap sepenuhnya pada akhir
                                                                                                 Disember2003

4.GURU DAN PELAJAR

          Guru Besar Pertama ialah Ustaz Abd Aziz bin Hashim,lepasan Universiti Al-Azhar,Mesir,beliau dibantu oleh  2 guru lain.Guru-guru berkenaan ialah Puan Ramlah Ibrahim(Allahyarhamah)Puan Nor,Rohasliza Wahab ,kemudiannya Wan Nor Zuraifah W Abas,Arinab M Zin dan Rohana Alias.

           Pengambilan pelajar sulung bermula dengan pelajar Tahun 2 dan tahun 3 yang berjumlah 35 orang.Pelajar mula mendaftar selepas cuti pertengahan tahun 2001.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...