Showing posts with label KEM. Show all posts
Showing posts with label KEM. Show all posts
Saturday, November 16, 2013
Wednesday, December 7, 2011
AMALI: TAYAMMUM
Amali tayammum juga diajar kepada para peserta dalam modul feqah.Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan iaitu lelaki dan perempuan.Peserta diberi penerangan oleh ustaz dan ustazah yang ditugaskan untuk mengendalikan amali ini.Kemudian para peserta dikehendaki mempraktikkan apa yang diajar tadi secara individu mahupun berkumpulan dan dipantau oleh pengajar.


Monday, December 5, 2011
SLOT FASILITATOR-5 DIS 2011
Modul kem jam 9 hingga 10.30 malam diteruskan lagi dengan aktiviti cergas 'Sihat Tubuh Badan'.Objektif modul ini memupuk jati diri para peserta serta kerjasama setiap ahli kumpulan.Dalam modul ini para peserta dikehendaki mengapungkan salah seorang ahli dan ahli yang lain membuat barisan kumpulan secara teratur untuk mengangkat peserta yang diapungkan itu sehingga ke penghujungnya.
Slot fasi bertajuk 'Akhlak' adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dan akhlak seseorang itu.Objektif modul ini mengajar para peserta tentang adab-adab dengan ibu bapa,orang yang lebih tua dan rakan-rakan.Disamping itu modul ini juga melatih cara pembawaan diri dalam kelompok masyarakat.
UST AZHAR DISERBU
Kehadiran Ust Azhar Idrus pada malam tadi(Isnin,5 Dis 2011)amat dinanti-nantikan oleh semua peserta kem.Jam 10 malam Ust Azhar hadir bersama 20 orang rombongan jemaah masjid di Kg Pinang Merah.Beliau hadir selepas mengadakan kuliah bulanan di masjid Pinang Merah.
Ketibaan Ustaz Azhar disambut oleh urusetia program dan selepas itu dijemput untuk makan malam di kantin.Selesai makan,Ustaz Azhar beramah mesra dengan peserta kem lelaki dan
bersalam-salaman dengan mereka.
Para peserta teruja kerana dapat berjumpa ustaz Azhar.
Selepas itu,Ustaz Azhar dijemput masuk ke dalam dewan untuk berjumpa dengan peserta perempuan pula.Setibanya ustaz di dalam dewan, peserta perempuan bertepuk tangan menyambut kedatangan beliau dengan gembira. Ustaz Azhar berkenan untuk bergambar bersama peserta kem perempuan sebagai kenang-kenangan.
Gambar kenangan bersama peserta kemSRIDB 2011
Sekitar jam 10.40 malam,Ustaz Azhar bertolak pulang untuk bergegas ke tempat lain pula.Kesempatan yang hanya diberi beberapa minit sahaja bersama Ustaz Azhar Idrus adalah sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan buat semua peserta Kem Anak Soleh SRIDB 2011.
Sunday, December 4, 2011
PROGRAM AMALI
Program amali wudhuk dan solat dilaksanakan sebagai melengkapi objektif kem anak soleh ini.Para peserta diberi penerangan terlebih dahulu oleh Ust Fairuz,kemudian mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dipantau oleh beberapa orang guru.Modul kem ini adalah untuk memberi tunjuk ajar yang betul tentang cara-cara mengambil wudhuk.Praktikal solat juga diajar bagi memastikan para peserta melaksanakan rukun solat dengan betul.
Wednesday, November 30, 2011
Slot Motivasi dan Bengkel
Program diteruskan dengan penambahan pelbagai aktiviti bagi melengkapkan modul kem.Antara program yang dilaksanakan ialah pengisian dalam aktiviti pada malamnya.Jam 9 malam, para peserta berkumpul di dalam dewan untuk sesi motivasi dan bengkel yang dikendalikan oleh fasilitator jemputan.Program pada hari pertama fasilitator ialah 'ice breaking'.Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan sesi taaruf bagi setiap peserta.
Slot motivasi:
Tuesday, November 29, 2011
Aktiviti Harian di Kem Anak Soleh
Monday, November 28, 2011
Hari ke-3 Kem Anak Soleh
Hari ke-3 kem,aktiviti 'LDK'(Latihan Dalam Kumpulan) telah dilaksanakan pada sebelah malamnya.Fasilitator jemputan telah diamanahkan untuk mengendalikan program motivasi dan bengkel.Antara program yang akan dilaksanakan merangkumi aqidah,ibadah,akhlak dan akademik.
Peserta juga diajar membaca doa rabitah sebaik sahaja tamatnya program pada malam itu
Sunday, November 27, 2011
Hari Ke-2 Kem Anak Soleh
Setelah masuk hari kedua kem anak soleh,peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mendidik rohani dan jasmani.Pada sebelah paginya,para peserta ditempatkan dalam kumpulan masing-masing untuk kelas hafazan dan tasmi'.Ustaz Ibrahim Mohd telah dipertanggungjawabkan sebagai guru hafazan bagi memastikan kelas hafazan berjalan dengan baik.

Ust Ibrahim sedang mendengar bacaan dalam sembahyang yang dihafal oleh salah seorang peserta.
Sunday, November 20, 2011
Hari Pertama Kem Anak Soleh
Ahad,27 November 2011-Kem Anak Soleh telah masuk hari kedua hari ini.Pendaftaran kem yang diadakan sekitar jam 9pg hingga 1tghri semalam (Sabtu-26 Nov)berlangsung dengan jayanya.Alhamdulillah,walaupun pendaftaran ditutup jam 1 petang,namun penyertaan masih lagi berlangsung sehingga ke petang.Anggaran peserta yang mendaftar ialah seramai 240 orang.
9 am-1pm: Pendaftaran Kem Anak Soleh
Para ibubapa peserta diberi taklimat ringkas oleh
Che Wan Mustaffa b Che Wan Kaman selaku Penasihat Kem Anak Soleh.
10 am:Taklimat kem oleh C. Wan Mustaffa C. Wan Kaman (Mudir SRI Darul Bayan)
Selepas pendaftaran selesai,peserta menuju ke kantin untuk makan tengahari kemudian ke surau untuk solat zuhur berjemaah.Jam 2:30 petang peserta diberi taklimat oleh pengarah program Ustaz Fairuz bin Mamat.Selepas itu pihak urusetia mengagihkan fail kepada peserta-peserta kem.
9pm- 10:30pm:Perasmian oleh Penasihat Kem Anak Soleh C. Wan Mustaffa b. C. Wan Kaman
Subscribe to:
Posts (Atom)


