Modul kem jam 9 hingga 10.30 malam diteruskan lagi dengan aktiviti cergas 'Sihat Tubuh Badan'.Objektif modul ini memupuk jati diri para peserta serta kerjasama setiap ahli kumpulan.Dalam modul ini para peserta dikehendaki mengapungkan salah seorang ahli dan ahli yang lain membuat barisan kumpulan secara teratur untuk mengangkat peserta yang diapungkan itu sehingga ke penghujungnya.
Slot fasi bertajuk 'Akhlak' adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dan akhlak seseorang itu.Objektif modul ini mengajar para peserta tentang adab-adab dengan ibu bapa,orang yang lebih tua dan rakan-rakan.Disamping itu modul ini juga melatih cara pembawaan diri dalam kelompok masyarakat.
No comments:
Post a Comment