Monday, November 19, 2012

TAHNIAH CALON-CALON UPSR SRIDB 2012

Calon 5A bergambar kenangan bersama sebahagian guru UPSR
Isnin,19 Nov 2012-AlhamdulilLah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah menganugerahkan 5A kepada 3 orang calon UPSR SRIDB 2012 pada kali ini. Meraka ialah Muhammad Ibrahim Adham bin Abdul Aziz, Nur Awadah binti Nozzul dan Sharifah Nur Afiqah binti Syed Mohd Razali. 

Dari kiri M. Ibrahim Adham, Sh. Nur Afiqah & Nur Awadah
Selain berjaya mendapat 5A, terdapat 5 orang calon yang berjaya mendapat 4A dalam UPSR baru-baru ini. Mereka ialah Muhammad Luqman Nurhakim bin Mohd Nasarul, Siti Hajar binti Aduka, Wan Nur Husna binti Nizar, Siti Khadijah Nurjannah binti Awin Zubir dan Nur Fatihah binti Rosdi.
Berdiri dari kiri Siti Hajar, Husna, Khadijah & Fatihah.
Duduk di hadapan M. Luqman
Penyerahan slip keputusan peperiksaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SRIDB, Cikgu Che Wan Mustaffa di Dewan SRIDB pada jam 10.45 pagi. Calon-calon yang mendapat 5A juga mendapat sedikit imbuhan berbentuk wang ringgit daripada pihak sekolah bagi menunaikan janji yang diberikan oleh Guru Besar kepada calon yang berjaya mendapat 5A.

Kami pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah di atas pencapaian mereka dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan misi menimba ilmu di peringkat menengah di sekolah-sekolah terbaik pilihan mereka, InsyaAllah.
...TAHNIAH & SYABAS BUAT KALIAN...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...