Saturday, November 17, 2012

KEM ANAK SOLEH 2012

Alhamdulillah..syukur kehadrat illahi kerana tahun ini masih diberi kesempatan untuk menjalankan Kem anak Soleh Siri 2. Kem ini bermula pada 16 - 27 November 2012 selama 11 hari. Kira - kira seramai 180 orang peserta mendaftar sebagai peserta. 

Kem ini telah pun berlangsung selama 2 hari..Peserta telah disusuni dengan pelbagai kelas dan aktiviti. Kelas yang telah disediakan seperti kelas hafazan,feqah, tauhid, akhlak dan juga Latihan dalam kumpulan (LDK). sedikit cebisan aktiviti perserta Kem Anak Soleh di hari pertama dan kedua. 




Senaman pagi oleh peserta kem anak soleh


  



peserta perempuan cuba membuat bulatan tanpa melepaskan tangan masing-masing.







Disamping riadah, pada sebelah malam pula, peserta juga cuba untuk mencipta logo kumpulan masing -masing. Peserta telah di bahagikan kepada 8 kumpulan. 




lakaran logo oleh peserta  kem

























Sifat kerjasama di dalam kumpulan dalam mencipta logo kupulan mereka...









Masa begitu mencemburui para peserta sehingga tidak dapat menyiapkan logo masing - masing. Namun mereka tidak perlu bersedih kerana acara pembentangan akan diadakan pada malam ketiga. Kita sama-sama nantikan pembentangan para peserta kem dengan bermacam logo ciptaan mereka..

Syabas kepada semua peserta...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...