Monday, April 25, 2011

MAJLIS TAUTAN MAHABBAH & QIAMULLAIL


15 APRIL 2011(Jumaat)telah berlangsungnya satu majlis anjuran MPIBG SRI Darul Bayan,Qiamullail perdana bersama ibu bapa SRIDB.Majlis itu telah disertai lebih 80 orang termasuk guru SRI Darul Bayan.MPIBG SRI Darul Bayan menganjurkan program ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan ibu bapa dan guru.

Program Majlis Tautan Mahabbah & Qiamullail ini bermula seawal jam 6.30 petang pada Khamis(14 April 2011) dengan kehadiran ibubapa dan guru.Program dimulakan dengan solat magrib berjemaah,diikuti dengan majlis bacaan yasin oleh ust M. Ridza bin Adnan,Tazkirah oleh ust Satiful Bahri bin Mamat,Solat Isyak berjemaah dan ucapan oleh Mudir SRI Darul Bayan.

Pada jam 4 pagi(Jumaat-15 April 2011) ibu bapa dan guru hadir untuk Qiamullail.Pengisian pada hari tersebut ialah solat sunat dan zikir munajat oleh Ust Zakaria.Diikuti dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh oleh Ust. Zakaria.
Program tamat pada jam 7 pagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...