Sunday, October 17, 2010

Mengenai SRIDB

Bangunan Lama & Bangunan Baru
Pengenalan

Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dibuka pada tahun 2001.Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ditubuhkan sebagai memenuhi tuntutan masyarakat setempat yang mahukan sistem pendidikan moden bersepadu (agama dan akademik) sebagai alternatif kepada pendidikan arus perdana di peringkat sekolah rendah.

Kewujudan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan bukan sahaja sebagai penyambung kepada pendidikan Islam peringkat Pra Sekolah, PASTI tetapi ia juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB) di setiap daerah.Sehingga kini Sekolah Rendah Islam Darul Bayan terus berkembang.Pelajar semakin meningkat saban tahun dan penyediaan infrastruktur juga semakin rancak sebagai memenuhi keperluan pelajar dan institusi pendidikan ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...