Thursday, September 6, 2012

Majlis Mohon Restu Calon-calon UPSR & UPSRI 2012

Pada hari Khamis,6 Sep 2012 berlangsungnya Majlis Mohon Restu bagi calon-calon peperiksaan UPSR (Tahun 6) dan UPSRI & UPKK (Tahun 5) di Surau SRIDB. Majlis yang bermula jam 9.45 pagi itu dihadiri oleh para ibu bapa calon serta guru-guru Tahun Lima dan Enam. Dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Ust. Rizman diikuti wakil guru UPSR, Cg. Aswadi serta wakil guru UPSRI, Ust. Zawawi dan diakhiri dengan ucapan nasihat dan kata-kata semangat daripada guru besar, Cg. Pa. Majlis diakhiri dengan calon-calon bersalaman dan memohon restu daripada ibu bapa masing-masing serta para guru. Semoga para calon peperiksaan beroleh kejayaan kelak,insyaAllah.

Antara calon-calon perempuan bersama para ibu

Antara calon-calon lelaki bersama para bapa
























"PIHAK SEKOLAH MENDOAKAN AGAR KALIAN MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG, MENJADI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH SERTA MENDAULATKAN AGAMA ISLAM, INSYAALLAH"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...