Monday, September 17, 2012

FESTIVAL KESENIAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH DAR TERENGGANU 2012

Pada Sabtu, 15 September 2012 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya acara tahunan bagi Lajnah Persekolahan Dewan Ulama' Negeri iaitu Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah DAR Negeri Terengganu kali ke-3. Program yang disertai sebanyak lapan buah sekolah yang bernaung di bawah lajnah tersebut ialah Madrasah Darul Taqwa Batu 6, Madrasah Darul Salam Losong, Madrasah Darul Ehsan Manir, Madrasah Darul Iman Bukit Payong, Madrasah Darul Ansor Basung, Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman, Sekolah Rendah Islam Darul Bayan Paka  dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin Dungun.

Pada kali ini, Madrasah Darul Taqwa Batu 6 telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi melaksanakan program tersebut. Sekalung penghargaan buat tuan rumah kerana pengurusan dan pengendalian oleh Jawatankuasa Pelaksana sepanjang program berlangsung amat memuaskan.

Acara pertandingan dimulakan jam 9.30 pagi dengan dibahagikan kepada beberapa venue. Acara yang dipertandingkan adalah seperti Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Arab, Pentomen, Kuiz, Nasyid, Tilawah Al-Quran, Hafazan dan juga Azan.

Sekolah Rendah Islam Darul Bayan menghantar peserta seramai 30 orang yang mewakili semua acara dengan diiringi oleh beberapa orang guru. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup oleh YBhg Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama' Negeri telah disempurnakan pada jam 3.30 petang.

Keputusan hakim adalah muktamad. Sekolah Rendah Islam Darul Bayan berjaya memenangi beberapa acara seperti Pentomen; tempat kedua, Tilawah Al-Quran; tempat ketiga, Azan Biasa; tempat ketiga dan Azan Subuh; tempat kedua.

Semoga segala apa yang direncanakan ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT dalam usaha membentuk pelajar yang berteraskan acuan Islam bagi melahirkan generasi muslim yang akan memimpin sebuah negara Islam,insyaAllah.
wakil SRIDB: Kuiz
wakil SRIDB: Pidato BA
wakil SRIDB: Nasyid
wakil SRIDB: Peserta Pentomen sebelum naik ke pentas

wakil SRIDB: Tilawah Al-Quran
wakil SRIDB: Azan Subuh
wakil SRIDB: Hafazan
Ucapan penutup oleh YBhg Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah
wakil SRIDB: Pidato BM
wakil SRIDB: Bercerita BM
Saf Mudir-mudir DAR

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...