Monday, July 2, 2012

Hidupku Hanyalah Untuk Islam-Hari Pertama

Pada Isnin, 25 Jun 2012 Biro Agama & Kegiatan Surau SRIDB telah menjayakan program tahunan sekolah iaitu Minggu Penghayatan Islam yang melibatkan semua guru dan pelajar. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang diadakan selama seminggu, pada tahun ini program tersebut terpaksa diadakan hanya dua hari sahaja kerana kekangan masa dan keadaan surau yang tidak mengizinkan. Pada tahun ini, Jawatankuasa Program memilih ruang legar bangunan lama sekolah sebagai venue utama acara tahunan ini. Walaupun tempat yang disediakan kurang selesa, namun keseluruhan program berjalan dengan lancar.
Hari pertama program dimulakan dengan ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Aruddin dari SMI Darul Bayan. Program yang dimulakan pada jam 8.30 pagi itu berakhir jam 9.45 pagi.
Antara pelajar lelaki yang mengikuti program

Pelajar perempuan turut sama memeriahkan

Guru-guru tidak melepaskan peluang mendengar ceramah














Selesai ceramah, majlis perasmian pembukaan Program Hidupku Hanyalah Untuk Islam telah dirasmikan oleh Guru Besar, Cg. Che Wan Mustaffa. Sejurus perasmian, pelajar-pelajar pergi ke kantin untuk makan pagi seperti biasa.
Perasmian oleh Guru Besar SRIDB
Jam 11.00 pagi, pelajar-pelajar berkumpul semula di ruang legar untuk program seterusnya iaitu Pengujian Bacaan dalam Solat. Taklimat program telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama & Kegiatan Surau SRIDB, Ustaz Fairuz. Para pelajar kemudiannya diagihkan buku panduan bacaan dalam solat untuk dibaca dan dihafaz sebelum diuji.


Selesai pengujian, pelajar-pelajar makan tengah hari di kantin dan solat zohor secara berjemaah di ruang legar sebelum dibenarkan pulang jam 2.30 petang.
Pelajar mendengar huraian daripada Ustazah


Pelajar sedang diuji

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...