Monday, June 25, 2012

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

Pada Ahad 17 Jun 2012, satu majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Ust. Hj. Madhan telah diadakan di ruang legar sekolah bersama guru-guru serta para pelajar. Majlis tersebut diadakan selepas selesai perhimpunan rasmi sekolah dan dikepalai oleh Guru Besar, Cikgu Che Wan Mustaffa.












Selesai bacaan Yasin dan tahlil, doa selamat dibacakan oleh Pengerusi Surau & Kegiatan Agama Sekolah, Ust. Fairuz dengan diaminkan oleh para pelajar dan guru-guru. Pengorbanan dan jasa Allahyarham sebagai pendidik dalam dunia perjuangan pendidikan Islam tidak dapat dibalas dengan dunia seisinya. Semoga Allah SWT merahmati roh beliau serta ditempatkan di kalangan para solihin, InsyaAllah...amin. Al-Faatihah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...