Thursday, January 26, 2012

Pengambilan tanah berkenaan akan mengakibatkan:

  1. Tanah Sekolah yang asalnya berkeluasan 15425 m2 telah berkurang kepada 6882m2 sahaja.
  2. Lot Tanah telah bertukar dari PT 15024 kepada PT 14863
  3. Lay out baru tanah SRIDB PT 14863 telah menyebabkan sekolah kehilangan 2 Pintu Rumah Guru,Separuh Surau(Bahagian belakang),tiga perempat bangunan kantin dan padang sekolah.
  4. Sekolah juga kehilangan tapak bangunan asrama anak yatim yang dijadualkan dibina pada Tahun ini.
  5. Sekolah juga kehilangan tempat parking kereta ibubapa dan pelawat sekolah

Pihak sekolah akan menggunakan semua saluran yang ada untuk mendapatkan kembali tanah kita pada lot PT 15024 ini.Dalam masa yang sama solat hajat 40 malam berturut-turut di masjid Pinang Merah,Solat hajat juga akan dibuat di mana-mana surau/masjid yang ada hubungan dan bersimpati dengan kita.

Harapan pihak sekolah semoga semua pihak bersama-sama dengan kita untuk menentang kezaliman ini dan sama-sama membantu sekurang-kurangnya dengan doa moga tanah sekolah yang diambil dapat dikembalikan semula.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...