Sunday, August 7, 2011

RAYUAN DERMA


Klik gambar untuk paparan lebih jelas



Assalamualaikum,pihak SRI Darul Bayan dengan kerjasama MPIBG sedang dalam perancangan membina tapak pejalan kaki dan pembinaan untuk memperbesarkan surau bagi Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.Pembinaan ini adalah sebagai kemudahan kepada pelajar, guru dan juga ibu bapa selain penambahan kepada prasarana sedia ada.

Laluan pejalan kaki yang bakal dibina akan menjadi laluan alternatif kepada para pelajar dan guru ketika hujan samaada ke kelas, kantin atau surau. Ibu bapa pula dapat meninggalkan/menjemput anak-anak tanpa merisaukan anak mereka dibasahi hujan.
Surau yang sedia ada harus diperbesarkan memandangkan kapasiti pelajar SRIDB yang semakin bertambah. Dengan pembesaran surau ini insyaAllah dapat memberi keselesaan kepada pelajar melaksanakan solat selain program-program yang sering diadakan di surau sekolah.

Kos bagi pembinaan laluan pejalan kaki tersebut dianggarkan sebanyak RM 15,000 manakala pembesaran surau dianggarkan menelan kos sebanyak RM 30,000. Harapan pihak sekolah agar kedua-dua pembinaan tersebut dapat digunakan pada tahun hadapan (2012).

Justeru, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan daripada saudara/saudari sebagai saham di akhirat kelak. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB : 1308 0000 1251 07 atau akaun Maybank : 5630 8200 7804. Sebarang kemusykilan/pertanyaan bolehlah menghubungi Guru Besar SRIDB: 09-827 2001 (Pej) 019-912 7183 (HP) atau Cikgu Aswadi (S/U MPIBG) 013-962 5254 atau Encik Ibrahim Mat Din (Bendahari MPIBG) 019-913 3444.

Pihak sekolah juga amat berbesar hati jika rayuan derma ini dapat dipanjangkan kepada individu, syarikat-syarikat dan pihak lain bagi menyegerakan pembinaan tersebut. *Wang syubhah atau yang berkaitan hendaklah dinyatakan untuk pengasingan akaun.
(*wang syubhah diterima untuk pembinaan laluan pejalan kaki sahaja.)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...