Wednesday, January 25, 2012

KENYATAAN RASMI PIHAK SEKOLAH BERHUBUNG RAMPASAN TANAH




SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL BAYAN
PT 15024,KG KOLAM MAK TAGAR,JALAN SANTONG,
23100 PAKA,DUNGUN, TERENGGANU
No.Pendaftaran :JHEAT:09/2000 TEL/FAKS:09-8272001
Email: sridbpaka@yahoo.com





KENYATAAN RASMI
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL BAYAN
BERHUBUNG DENGAN
RAMPASAN TANAH SRI DARUL BAYAN


Pihak sekolah membantah sekeras-kerasnya rampasan Tanah SRI Darul Bayan di Lot PT 15024 sebagaimana alamat di atas.


Sekolah Rendah Islam Darul Bayan adalah rangkaian daripada Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan yang No.Pendaftarannya JHEAT 9/2000.SRI Darul Bayan telah dibuka pada 2001 dan menumpang sementara di Markaz Ehsan,Cacar di awal penubuhannya.

Pada 22 Oktober 2003 dengan No Rujukan surat Pejabat Tanah Dungun,PTD/07/19/2003/0001(15),permohonan Pihak sekolah untuk mendapatkan tanah telah diluluskan atas lot PT15024...


Gambar 1
Gambar 1 : Adalah tanah SRI Darul Bayan yang telah dibahagikan kepada JKKK pada 7 Disember 2011




Gambar 2
Gambar 2: Adalah tanah SRI Darul Bayan yang diterima pada 22 Oktober 2003.


Pihak sekolah mula membina bangunan tetap dan siap sepenuhnya pada akhir 2003. Pelajar mula berpindah ke bangunan baru pada 1 Januari 2004.

Pembangunan berjalan terus dengan pembinaan Surau, Kantin dan bangunan baru pada 2010 untuk menampung Pertambahan pelajar yang bertambah setiap tahun di atas Tanah Pt 15024 berkenaan.

Sehingga 2012,pelajar SRIDB hampir mencecah 400 orang dan Staf seramai 35 orang. Pelajar kami dapat mengambil UPSR,UPSRi(Ujian Penilaian sekolah Rendah Islam) UPKK(JAKIM). Pelajar kami sekarang bertebaran di sekolah kerajaan ataupun swasta seperti SMASID Dungun,IMTIAZ,SMAAZA,Maahad Muhammadi dan ada bekas pelajar kami yang sudah menyambung pengajian dalam bidang perubatan (kedoktoran) di Mesir.

Pada Tahun 2008, pihak pengurusan Darul Bayan bercadang membina Pusat Kediaman Anak-anak Yatim di atas tanah ini dan terhalang sebab ada beberapa keluarga setinggan yang mendiami sebahagian dari tanah kami dan kami tidak tergamak menghalau mereka kerana kesusahan hidup mereka.

Pada April 2011,Penguatkuasa Pejabat tanah telah datang menemui setinggan berkenaan dan memberi NOTIS “PENCEROBOHAN TANAH KERAJAANdan arahan pindah dalam masa 14 Hari

Pada 6 dan 7 Disember 2011, Pejabat Tanah Dungun telah mengeluarkan Dokumen Hak Milik Sementara sebanyak 5 Lot dengan membuat Lot baru atas tanah kami dengan nama RTB Kolam Permai Lot Pt 9829,PT 9830,PT 9833,PT 9832 dan PT 9831) sebagai mana lampiran diatas.

Pengambilan Tanah berkenaan sangat mengecewakan kami pihak sekolah dan para Ibubapa. Cadangan membina pusat anak yatim akan terhalang, parking kereta tiada dan menghapuskan segala perancangan atas tanah sekolah berkenaan.

Kami pihak sekolah akan mempertahankan tanah tersebut dengan menggunakan segala saluran yang ada.Tanah ini adalah Tanah sekolah agama rakyat dan bukan milik individu.

Saya menyeru kepada semua lapisan Masyarakat Islam yang cintakan keadilan dan penentang kezaliman untuk sama-sama berdoa dan membantu kami mengikut kemampuan yang ada bagi mendapatkan semula tanah berkenaan.

Saya juga berharap pihak berkuasa termasuk YAB menteri Besar, Pegawai Daerah,YB Ahli Parlimen Dungun, YB DUN Paka dan mereka yang berkenaan agar campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini.

Wassalam

CHE WAN MUSTAFFA BIN CHE WAN KAMAN
Guru Besar
SRI Darul Bayan

Tarikh : 15 Januari 2012


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...