Majlis berkenaan telah diadakan pada hari Isnin, 16 Januari 2012. Semua ibu bapa pelajar kelas berkenaan telah hadir. Seramai 18 orang pelajar telah terpilih memasuki kelas Pra Tahfiz 1 Ibnu Khaldun ini. Guru Besar, Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman dalam ucapannya memaklumkan bahawa pemilihan 18 pelajar ini sangat ketat. Pengambilan pelajar bagi tahun pertama kelas Hafazan Quran ini adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian lisan, ujian hafazan Quran serta ujian bertulis.
Mengikut sukatan yang telah disusun, Pelajar Tahun 1 akan menghafal semua Juz Amma (Muqaddam), Tahun 2 dan 3, Surah Yassin, Al-Mulk, Al-Waaqiah, Ad-Dukhan, Ar-Rahman dan As-sajdah, Tahun 4 pula, juzuk pertama, Tahun 5 Juzuk ke 2 dan tahun 6 Juzuk ketiga.
Dalam taklimat ringkas itu,Guru Besar juga menekankan mengenai keperluan menjaga pemakanan pelajar tahfiz ini. Harapan sekolah semoga kelas khas ini berjaya merintis bakal-bakal Hufaz dan dalam masa yang sama memberi kecemerlangan kepada sekolah dalam bidang akademik.
Majlis ini berakhir dengan sesi dialog dengan ibubapa. Mereka semua sangat gembira dengan kelas khas ini dan bersyukur kerana anak mereka terpilih menjadi perintis awal projek baru sekolah ini.
No comments:
Post a Comment