Wednesday, January 25, 2012

PERUTUSAN AWAL TAHUN GURU BESAR

PERUTUSAN 2012/1433/4
(Petikan dari Kata-kata Aluan dalam Buku Tugasan dan Takwim 2012)

MEMURNIKAN SYAKHSIYYAH,MENJANA KECEMERLANGAN


Alhamdulillah,kita dikurniakan Nikmat Iman dan Islam, dalam masa yang sama Syukur tidak terhingga pada Ilahi kerana masih memilih kita semua untuk berada di medan Pendidikan yang dimuliakan.

Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:

“Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran”.

Kini kita berada di tahun 2012, dengan jumlah pelajar 350 orang dan staff seramai 36 orang memperlihatkan kepada kita,sekolah kita makin berkembang .Semakin ramai ahli masyarakat yang memberi kepercayaan kepada kita.Beban amanah dan tanggungjawab bukan sedikit di bahu dan kepala kita.

Tahun ini,saya memilih tema MEMURNIKAN SYAKHSIYYAH,MENJANA KECEMERLANGAN sebagai kesinambungan dari harapan tahun-tahun lalu. Ia menjadi intipati dari Objektif kewujudan sekolah ini.

…dan tidaklah bertaqarrub atau beramal seorang hamba-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai seperti bila ia melakukan amalan fardu yang aku perintahkan atasnya, kemudian hamba-Ku senantiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga aku mencintainya” Hadis Qudsi (HR Bukhari dari Abu Hurairah)

Kemurniaan syaksiyah bukan sahaja pada pelajar,tetapi semua warga Sri Darul Bayan. Jadikan diri kita sebagai Petugas SRI Darul Bayan dan juga anak didik kita sebagai model kepada masyarakat. Dalam masa yang sama,kita semua bekerja ke arah kecemerlangan.

“Bahawa Allah swt suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan,dengan memperelokkan kerjanya,
(Hadis Riwayat Muslim)

Maksud Azan “Marilah mendirikan solat,Marilah menuju kejayaan

Akhirnya,marilah kita bekerja dalam satu pasukan,membetulkan niat kita,memperelokkan akhlak dan Syaksiyah kita,sama-sama membina kecemerlangan dalam semua aspek di sekolah ini.Jadikan kerja kita sebagai Ibadah dan Jihad Fii Sabilillah.

ALLAHU AKHBAR ,ALLAHU AKHBAR , ALLAHU AKHBAR


CHE WAN MUSTAFFA BIN KAMAN

Guru Besar

5 Januari 2012

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...