Perarakan yang hanya melibatkan Tahap Dua sahaja ini bermula jam 8.30 pagi dengan pelepasan pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Selesai perarakan, para pelajar bergambar kenangan sebelum makan pagi. Ceramah Maulidur Rasul pada hari berkenaan telah disampaikan oleh Ustaz Busra yang dijemput dari Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Pinang Merah.
Seusai ceramah hampir satu jam, program diteruskan dengan acara pertandingan nasyid antara rumah sukan. Setiap rumah sukan dikehendaki membawa dua buah nasyid yang bertemakan RasululLah SAW. Pertandingan dimulakan dengan Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah Hijau dan diakhiri dengan Rumah Biru serta dinilai oleh dua orang juri, iaitu Uszh. Hasnun dan juri jemputan, Uszh. Iqlima.
Kemuncak program ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan seperti mewarnakan poster, perarakan dan nasyid. Bagi acara nasyid, tempat keempat jatuh kepada Rumah Merah, Rumah Kuning tempat ketiga, Rumah Biru naib johan dan johan ialah Rumah Hijau. Manakala johan keseluruhan Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijri kali ini dimenangi oleh Rumah Kuning, diikuti oleh Rumah Biru, Rumah Hijau di tempat ketiga dan Rumah Merah tempat keempat.
Semoga sambutan kali ini dapat dihayati oleh para pelajar dalam mengikut jejak langkah dan pengorbanan RasululLah SAW bersesuaian dengan tema Maulidur Rasul peringkat SRIDB tahun ini iaitu, "Membentuk Keperibadian Unggul."
Layari Facebook Sri Darul Bayan untuk melihat lebih banyak gambar.
No comments:
Post a Comment