Sunday, February 12, 2012

Demonstrasi Bantahan Rampasan Tanah SRIDB Oleh JKKK

Assalamualaikum...

BERSYUKUR kehadrat Ilahi kerana satu demonstrasi Bantahan Rampasan Tanah oleh JKKK Limbong dan sekutunya telah berjalan dengan lancar..


Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah. Penubuhan Jawatankuasa ini berikutan pada akhir Januari 2012 bahawa tanah sekolah SRIDB telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orang politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Dan hari ini 12 Feb. 2012 telah mencatat sejarah, hampir 2 ribu orang yang sanggup memperjuangan hak kita sebagai seorang Islam dan Melayu dalam mempertahankan tanah dan sekolah agama. Mereka sanggup berjalan kaki dari sekolah SRIDB ke pejabat ADUN Paka dengan panas yang terik, namun semangat jihad yang tinggi membawa mereka tidak kira dimana mereka berada samada Dungun, Paka, Kemaman, K.Terengganu tetap datang untuk mempertahankan HAK SRIDB..


sebahagian peserta meminta HAK Keadilan


Kemanakah YB kita..Sedia Berkhidmat Untuk Masyarakat????




Perarakan peserta menuju ke pejabat Dun Paka





pelajar muslimat turut serta..

Walaupun pejabat DUN dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Dimanakah janji - janji dan laungan selama ini dimana RAKYAT DIDAHULUKAN tetapi ini adalah propaganda semata - mata..Kini hanya JKKK DIUTAMAKAN..

Tidakkah pihak bertanggung jawab ini terfikir apakah relevannya mereka berbuat demikian?? Malu rasa hati ini kerana kaum cina juga sanggup menyertai perarakan ini untuk pertahankan tanah sekolah agama..Dimanakah kita sebagai orang Melayu dan orang Islam???


Inilah tapak tanah yang dirampas oleh JKKK...



Kami menunggu respon dari pihak berkuasa apakah keputusannya..namun tahniah dan Syabas kepada semua peserta demonstrasi bantahan tanah SRIDB..Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas perjuangan anda semua dunia dan akhirat..

TAKBIR!!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...