Wednesday, October 19, 2011

JOM SERTAI KEM ANAK SOLEH


KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS.



PERHATIAN! PENYERTAAN KEM ANAK SOLEH TELAH DITUTUP.HARAP MAKLUM

sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu; apabila matinya anak Adam, maka tinggallah (terputus) segala-galanya dari dirinya kecuali 3 perkara yang akan bersamanya, iaitu 1) Sedekah jariah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3) Doa dari anak yang soleh.

Kem Anak Soleh di Sekolah Rendah Islam Darul Bayan..Daftar segera!

Program selama 3 minggu ini bakal diisi dengan pelbagai aturcara yang padat apatah lagi anak-anak pelajar sedang bercuti sekolah hujung tahun (Nov – Dis) ketika itu.

Apa kata kita isi masa lapang yang ada pada anak-anak kita di musim cuti sekolah ini dengan program yang bermanfaat buat mereka. Dengan sedikit pelaburan tuan-tuan & puan-puan, InsyaAllah, mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bertanggungjawab memelihara (anak kita) amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai ibubapa.

Dengan amanat yang tuan/puan sampaikan kepada kami untuk ke kem anak soleh ini, InsyaAllah kami akan berusaha membantu untuk membimbing & membentuk anak-anak tuan/puan menjadi anak yang soleh & bertaqwa. Yang kuat jatidiri & terserlah ciri kepemimpinannya. Sekurang-kurangnya, anak-anak tuan/puan dapat memperolehi & mempelajari sesuatu sebaik sahaja mereka tamat mengikuti kem ini.


apalagi tuan/puan! jom daftar di kem anak soleh Sek. Ren. Islam Darul Bayan dan dapatkan borang di pejabat sekolah atau di sini atau DIGALAKKAN mendaftar melalui SMS (Nama, alamat, Umur) ke no yang tercatat dalam paparan di atas atau terus hubungi pejabat sekolah di talian 09-8272001

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...