Monday, July 2, 2012

Hidupku Hanyalah Untuk Islam-Hari Kedua

Selasa, 26 Jun 2012 masuk hari kedua yang juga terakhir bagi program tahunan sekolah, Hidupku Hanyalah Untuk Islam. Dimulakan dengan ceramah yang dijemput khas dari Kemaman, disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Naqaie.
Ustaz Naqaie menyampaikan ceramah
Dalam ceramahnya, beliau menekankan cara hidup Islam yang perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian seperti solat lima waktu, azab meninggalkan solat dan adab terhadap ibu bapa. Gaya penyampaiannya yang bersahaja menarik minat para pelajar dengan tayangan video yang disediakan.
Menumpukan perhatian


Seusai ceramah, majlis perasmian penutup Program Hidupku Hanyalah Untuk Islam bagi tahun 2012 telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1, Ustaz Wan Zawawi. Beliau mengharapkan agar usaha pihak sekolah ini dapat melahirkan pelajar yang memahami, menghayati serta mengamalkan kehidupan seharian mengikut acuan Islam.



Perasmian penutup oleh PK 1








Hidupku Hanyalah Untuk Islam-Hari Pertama

Pada Isnin, 25 Jun 2012 Biro Agama & Kegiatan Surau SRIDB telah menjayakan program tahunan sekolah iaitu Minggu Penghayatan Islam yang melibatkan semua guru dan pelajar. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang diadakan selama seminggu, pada tahun ini program tersebut terpaksa diadakan hanya dua hari sahaja kerana kekangan masa dan keadaan surau yang tidak mengizinkan. Pada tahun ini, Jawatankuasa Program memilih ruang legar bangunan lama sekolah sebagai venue utama acara tahunan ini. Walaupun tempat yang disediakan kurang selesa, namun keseluruhan program berjalan dengan lancar.
Hari pertama program dimulakan dengan ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Aruddin dari SMI Darul Bayan. Program yang dimulakan pada jam 8.30 pagi itu berakhir jam 9.45 pagi.
Antara pelajar lelaki yang mengikuti program

Pelajar perempuan turut sama memeriahkan

Guru-guru tidak melepaskan peluang mendengar ceramah














Selesai ceramah, majlis perasmian pembukaan Program Hidupku Hanyalah Untuk Islam telah dirasmikan oleh Guru Besar, Cg. Che Wan Mustaffa. Sejurus perasmian, pelajar-pelajar pergi ke kantin untuk makan pagi seperti biasa.
Perasmian oleh Guru Besar SRIDB
Jam 11.00 pagi, pelajar-pelajar berkumpul semula di ruang legar untuk program seterusnya iaitu Pengujian Bacaan dalam Solat. Taklimat program telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama & Kegiatan Surau SRIDB, Ustaz Fairuz. Para pelajar kemudiannya diagihkan buku panduan bacaan dalam solat untuk dibaca dan dihafaz sebelum diuji.


Selesai pengujian, pelajar-pelajar makan tengah hari di kantin dan solat zohor secara berjemaah di ruang legar sebelum dibenarkan pulang jam 2.30 petang.
Pelajar mendengar huraian daripada Ustazah


Pelajar sedang diuji

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...